| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Yayasan AlBukhary

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2016 - YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan AlBukhary bagi memperkukuhkan kolaborasi di antara kedua-dua agensi. Kerjasama strategik ini termasuklah dalam aspek pengurusan yayasan dan inisiatif bagi memperkasakan Yayasan Koreksional yang baharu ditubuhkan pada 6 April 2016 dalam usaha merencana program-program pemulihan banduan di institusi penjara. Cadangan penubuhan ini adalah cetusan idea YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dalam Seminar Penjara Sejahtera. Objektif khusus penubuhan yayasan ini adalah seperti berikut:

> Mengembangkan bentuk latihan kemahiran penghuni penjara melalui sistem latihan, penilaian, persijilan, penjenamaan dan pemasaran produk yang lebih efektif;

> Meningkatkan prasarana program latihan kemahiran yang diperlukan oleh penghuni dan juga kakitangan yang bertindak sebagai tenaga pengajar dan penyelia;

> Mengasimilasikan penghuni ke dalam masyarakat melalui persiapan latihan serta peluang pekerjaan yang bersesuaian setelah dibebaskan;

> Membantu aspek kebajikan penghuni dan keluarga serta memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada semua golongan rakyat;

> Mengurangkan kadar residivis dikalangan penghuni dengan menyediakan sistem sokongan yang efektif.

Perbincangan juga turut menyentuh berkaitan inisiatif Yayasan AlBukhary dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penghuni yang telah dibebaskan daripada institusi penjara. Turut hadir dalam kunjungan tersebut YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan pegawai-pegawai daripada Yayasan AlBukhary.


""