Pada 05 hingga 07 Ogos 2016 telah berlangsung Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia 2016 bertempat di gelanggang JKR Kuala Kangsar, Perak. Kejohanan anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia ini dikelolakan oleh Penjara Taiping. Sebanyak 14 Pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang mempertandingkan 3 kategori acara iaitu Kategori Berpasukan, Kategori Beregu Terbuka Lelaki dan Kategori Beregu Terbuka Wanita. Bagi Kategori Berpasukan, Pasukan Kelantan telah dinobatkan sebagai Johan diikuti Pasukan Selangor 'A' Naib Johan dan tempat Ketiga Bersama Pasukan Negeri Sembilan dan Pasukan Selangor 'B'. Kategori Beregu Lelaki pula, Johan di ungguli oleh bergu dari Melaka '2' disusuli Melaka '1' Naib Johan dan Ketiga Bersama Kedah '2' dan Perlis. Manakala Kategori Beregu Terbuka Wanita pula Johan disandang oleh beregu dari Kedah 'A', Naib Johan N. Sembilan 'A' dan tempat Ketiga bersama jatuh kepada Perak 'B' dan Kedah 'B'. Pada majlis tersebut, MSPM telah memberi pengiktirafan kepada 3 anggota yang akan bersara pada tahun 2016. Piala Pusingan serta cenderahati telah disampaikan oleh YBhg. TKJP Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) di iringi oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping. Turut hadir didalam majlis penyampaian hadiah ialah TKP Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Tapah, PP Mohd Idhan Bin Jamil, Setiausaha Kehormat MSPM, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Zon Utara, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Zon Utara, Wakil Ketua Jurutera JKR Kuala Kangsar dan Wakil Pengerusi Persatuan Petanque Negeri Perak.
""