Pada 16 Julai 2016 (Sabtu) jam 7.30 malam telah diadakan Majlis Sambutan Gawai Raya 2016 Penjara Negeri Sarawak bertempat di PULAPEN Wilayah Sarawak, Kompleks Penjara Puncak Borneo, Sarawak. Pada majlis ini, pihak Penjara Negeri Sarawak berbesar hati di atas kesudian YB Tuan Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II dan YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar, Komisioner Jeneral Penjara hadir ke majlis tersebut. Antara tetamu lain yang hadir adalah Pengarah Institusi Penjara Sarawak, Pengarah Agensi di bawah KDN, pegawai dan kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo serta keluarga. Pelbagai program dan acara telah diatur bagi memeriahkan majlis seperti persembahan hiburan, penyampaian duit raya, penyampaian sumbangan Tabung Kecemasan Penjara Sarawak dan Ngiling Bidai. Sebelum majlis berlangsung, YBhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar telah sudi mengadakan lawatan singkat ke Sekolah Henry Gurney dan Penjara Wanita Penjara Puncak Borneo Kuching.