Pada 11 Ogos 2016, peserta Program MTCP (Malaysian Technical Coperation Programme) yang di taja kerajaan Malaysia anjuran Wisma Putra termasuk kakitangan Akademi Koreksional Malaysia Langkawi telah mengadakan lawatan ke institusi ini. Semua peserta ini menjalani program di Akademi Koreksional Langkawi adalah terdiri dari peserta dalam dan luar Negara. Ketibaan peserta MTCP telah di sambut oleh PKP Abd Rahman bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka. Selain dari acara lawatan dan taklimat para peserta disajikan dengan persembahan nyanyian Patriotik, pidato dan kemahiran Sains oleh pelajar dari Unit Akademik.
""