Pada 10 Ogos 2016 (Rabu), Unit Akademik Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Perkongsian Bestari SHG Telok Mas Melaka bersama Majlis Guru Cemerlang (MGC) Negeri Melaka kepada calon SPM Tahun 2016. Program pertama Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu ini dikendalikan oleh Tuan Haji Samat bin Buang, Guru dari SMK Taman Bukit Rambai Melaka. Seramai 78 pelajar terdiri daripada 67 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan terlibat di dalam program ini. Adalah diharapkan sekolah ini akan mengekalkan pencapaian cemerlang SPM seperti tahun lalu. Program teknik menjawab bagi matapelajaran yang telah disusun dan akan dilaksanakan adalah pada 15 Ogos 2016 bagi matapelajaran Ekonomi Asas.
""