Pada 4 Ogos 2016 (Khamis) bertempat di Padang Penghuni Penjara Sungai Buloh telah berlangsung Program Jom Raya Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh. Program ini melibatkan 10 orang penghuni membuat persembahan karaoke dan 280 orang penonton dikalangan penghuni dari Blok Abadi 1, Abadi 2, Ehsan dan Berkat. Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada penghuni meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagaimana masyarakat diluar meraikan Syawal. Program ini juga sebagai dorongan kepada setiap penghuni di sini agar sentiasa muhasabah diri walaupun berjauhan dengan keluarga. Program juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Penguasa Penjara Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar. Program diakhiri dengan penyampaian sijil Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada 12 orang penghuni yang terpilih dan penyampaian hadiah kepada penghuni yang membuat persembahan karaoke sempena Sambutan Hari Raya Adilfitri Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh.
""