Pada 16 dan 17 Ogos 2016, Penjara Pokok Sena dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan Program Ceramah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Dewan Pemulihan Unit Program Pembangunan Insan yang melibatkan 200 orang penghuni. Aturcara program di mulakan dengan bacaan doa, persembahan kumpulan koir dan deklamasi sajak oleh penghuni. Majlis diteruskan dengan ceramah yang telah di sampaikan oleh Encik Harun Bin Kereya dan Encik Mohd Isa Bin Jasin. Dengan penganjuran program sebegini, diharapkan ianya dapat menyemarakkan lagi semangat kecintaan kepada Malaysia di kalangan penghuni penjara.
""