Pada 13 Ogos 2016 (Sabtu), bertempat di Dewan LAKIS, Sibu berlangsungnya Program Mesej Dari Penjara Peringkat Penjara Negeri Sarawak Tahun 2016 anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia (MCPF) dengan bertemakan ?Merdekakan dirimu?. Sasaran program ini adalah golongan pelajar dan juga masyarakat setempat. Objektif utama program ini diadakan untuk memberi motivasi kepada pelajar dan juga kesedaran kepada masyarakat tentang liku-liku kehidupan di penjara serta peranan setiap individu dalam membanteras penularan indek jenayah serta memberi peluang kedua kepada penghuni untuk kembali kepada masyarakat apabila dibebaskan kelak.
Dianggarkan seramai 500 orang jemputan hadir termasuklah Ketua-ketua masyarakat, penghulu, JKKK kampung, guru, pelajar sekolah, serta pihak NGO dalam program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd. Naroden Haji Majais, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Cawangan Sarawak merangkap Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Dan Menteri Muda Perancangan Sumber. Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg TKP Dato? Mohd Sakeri Bin Haji Dollah, Pengarah Pengurusan Banduan IPPM, TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek Bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak serta kakitangan Penjara Negeri Sarawak. Atur cara dimulakan dengan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah dan perkongsian Disebalik Tirai Besi serta persembahan pentomin ?Merdekakan dirimu? oleh penghuni Penjara Pusat Sibu. Diakhir program tersebut, suasana menjadi sebak apabila anak-anak dan ahli keluarga penghuni diberi peluang untuk bersalaman dengan penghuni yang terlibat setelah berakhirnya persembahan pentomin tersebut.
"" Dianggarkan seramai 500 orang jemputan hadir termasuklah Ketua-ketua masyarakat, penghulu, JKKK kampung, guru, pelajar sekolah, serta pihak NGO dalam program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd. Naroden Haji Majais, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Cawangan Sarawak merangkap Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Dan Menteri Muda Perancangan Sumber. Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg TKP Dato? Mohd Sakeri Bin Haji Dollah, Pengarah Pengurusan Banduan IPPM, TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek Bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak serta kakitangan Penjara Negeri Sarawak. Atur cara dimulakan dengan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah dan perkongsian Disebalik Tirai Besi serta persembahan pentomin ?Merdekakan dirimu? oleh penghuni Penjara Pusat Sibu. Diakhir program tersebut, suasana menjadi sebak apabila anak-anak dan ahli keluarga penghuni diberi peluang untuk bersalaman dengan penghuni yang terlibat setelah berakhirnya persembahan pentomin tersebut.