Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Explorace Kemerdekaan Ke 59 pada 18 Ogos 2016 (Khamis) bertempat di Blok Damai, Pusat Koreksional Jasin. Selari dengan berlangsungnya bulan kemerdekaan pada tahun ini, buat julung kalinya program yang berbentuk pertandingan berasaskan konsep kemerdekaan ini diadakan di Pusat Koreksional Jasin.
Program Explorace Kemerdekaan ke 59 tersebut telah bermula dengan acara perbarisan kemerdekaan oleh 84 orang penghuni Pusat Koreksional Jasin dan seterusnya diteruskan dengan acara explorace yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Arzaee Bin Abdullah. Manakala pada sebelah petang, program diteruskan lagi dengan aktiviti rumusan explorace dan seterusnya acara penyampaian hadiah.
Penganjuran program ini juga memainkan peranan penting dalam memupuk semangat kecintaan kepada Negara disamping membentuk kerjasama berpasukan dalam kalangan penghuni. Selain itu, melalui pendekatan pertandingan program ini boleh membentuk semangat persaingan sihat dalam kalangan penghuni disamping meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan sekaligus boleh meningkatkan keyakinan diri penghuni untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk membentuk semangat kerja berpasukan dan secara tidak langsung membentuk perpaduan kaum dalam kalangan penghuni Pusat Koreksional Jasin. Program ini juga memainkan peranan yang besar dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan penghuni Pusat Koreksional Jasin.
"" Program Explorace Kemerdekaan ke 59 tersebut telah bermula dengan acara perbarisan kemerdekaan oleh 84 orang penghuni Pusat Koreksional Jasin dan seterusnya diteruskan dengan acara explorace yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Arzaee Bin Abdullah. Manakala pada sebelah petang, program diteruskan lagi dengan aktiviti rumusan explorace dan seterusnya acara penyampaian hadiah.