Pada 19.08.2016 (Jumaat), Penjara Seremban telah menerima kunjungan rombongan daripada peserta program Malaysian Technical Coperation Programme (MTCP). Semua peserta ini menjalani program di Akademi Koreksional Langkawi adalah terdiri daripada peserta dalam dan luar negara. Ketibaan rombongan tersebut telah disambut oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Rombongan tersebut telah diberi pengenalan mengenai sistem pengawasan dan kawalan serta program yang dijalankan di Penjara Seremban, Negeri Sembilan.
""