Pada 17 - 19 Ogos 2016, Pusat Koreksional Labuan telah mengadakan Konvoi Amal Merdeka Pusat Koreksional Labuan anjuran ?PKL Bikers? dan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Pusat Koreksional Labuan. Program yang diketuai oleh IP Erwin Andrian bersama 15 peserta yang lain ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan amal ke Rumah Anak Yatim Tambunan disamping membentuk kerjasama dan semangat setiakawan di kalangan kakitangan Pusat Koreksional Labuan. Perjalanan sejauh 200 Kilometer dengan menaiki Feri ke Menumbok, Kuala Penyu, Bongawan dan berhenti di SHG Keningau dan destinasi terakhir di Rumah Anak Yatim Tambunan. Pelepasan konvoi ini disempurnakan oleh PKP Fathi Bin Mursidi, Pengarah Pusat Koreksional Labuan pada jam 6.30 pagi. Walaupun menempuhi perjalanan yang mencabar dengan melalui kawasan pergunungan iaitu Banjaran Crocker, namun tidak mematahkan semangat peserta konvoi untuk meneruskan perjalanan sehingga berjaya mencapai misi konvoi mereka.
""