| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Padawan Raft Safari 2016

Pada 14 Ogos 2016 (Ahad), Penjara Puncak Borneo telah menghantar tiga pasukan dalam pertandingan rakit yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Padawan bagi kategori agensi kerajaan. Padawan Raft Safari 2016 merupakan acara tahunan yang memberi peluang kepada para peserta berakit menyusuri Sungai Sarawak kiri yang bermula dari Kampung Danu, Padawan dan tamat di Kampung Git, Padawan. Melalui pengalaman berakit yang mengambil masa selama 3 jam 30 minit, para peserta dapat memupuk semangat berpasukan yang bermula sejak dari penyediaan membuat rakit. Objektif utama penyertaan pertandingan berakit adalah untuk menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Padawan serta memberi peluang kepada kakitangan Penjara Puncak Borneo dalam aktiviti eko-pelancongan. Daripada 37 buah penyertaaan pasukan, Penjara Puncak Borneo telah Berjaya mendapat kedudukan di tempat ke-9, ke-11 dan ke-12.


""