Bermula pada 2 hingga 5 Ogos 2016 latihan teori penggunaan senjata api telah diadakan dan bermula pada 8 Ogos 2016 hingga 11 Ogos 2016 telah diadakan latihan praktikal senjata api yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Pusat Koreksional Kamunting . Tujuan kedua-dua latihan tersebut diadakan untuk memahirkan lagi tatacara penggunaan senjatapi dan teknik yang betul semasa penggunaan senjata api. Selain itu, hasil daripada latihan tersebut telah berjaya melahirkan semangat berpasukan di samping meningkatkan kemahiran dan kefahaman peserta.
""