Pada 26 Ogos 2016 (Jumaat) Unit Pemulihan & Rawatan, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-59 Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Antara pengisian program ini adalah pertandingan kawad kaki, membuat bendera, nyanyian lagu patriotik dan fesyen bertemakan kemerdekaan. Program ini melibatkan seramai 50 orang penghuni yang mengambil bahagian, seluruh pegawai dan kakitangan institusi. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran dan ucapan perasmian penutupan program oleh TPP Fauziah binti Husain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Seterusnya program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang bertanding dan nyanyian lagu tema sambutan kemerdekaan iaitu ?Sehati Sejiwa?.
""