Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59, Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menganjurkan aktiviti Kembara Merdeka Sehati Sejiwa dimana seramai 20 anggota dan kakitangan awam telah berjaya mendaki Bukit Kopungit (2.5 km jarak dari bawah ke atas puncak) sambil mengibarkan bendera Malaysia. Program ini dijalankan bertujuan meningkatkan lagi semangat percaya diri dan kerjasama dikalangan anggota bagi mencapai misi dan visi yang sama serta memartabatkan imej Jabatan Penjara Malaysia kearah pemantapan mental dan fizikal. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, TPP Fauziah Husain dimana beliau turut bersama-sama peserta Kembara Merdeka Sehati Sejiwa berjaya menawan puncak Bukit Kopungit.
""