Pada 23-24 Ogos 2016, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah menerima kehadiran penyelidik daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian impak keberkesanan program pemulihan di penjara ini melalui soal selidik yang disediakan. Kajian empirikal ini bertujuan untuk menilai dan menganalisis secara meyeluruh impak pelaksanaan program pemulihan yang dilaksanakan terhadap para penghuni dan kakitangan di institusi Penjara Malaysia.
""