Pada 23 Ogos 2016 (Selasa) Institusi Kompleks Penjara Kajang telah melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Kompleks Penjara Kajang sempena sambutan bulan kemerdekaan yang Ke-59. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Haji Darusalam bin Hj Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor /W.P Kuala Lumpur. Turut hadir bersama pengarah-pengarah Institusi Kompleks Penjara Kajang, YBhg. TKP Dato? Narander Singh a/l Chand Singh, Pengarah Penjara Kajang, TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman, Pengarah Maktab Penjara Malaysia, PKK Zaimiah @ Zamiah Binti Parman, Pengarah Penjara Wanita Kajang. Majlis turut dimeriahkan dengan nyayian lagu-lagu patriotik. Simbolik kepada kempen ini, Pengarah?pengarah yang hadir telah mengedarkan Jalur Gemilang untuk kenderaan jabatan, motosikal berkuasa tinggi serta pasukan kayuhan berbasikal. Semoga Kempen Kibarkan Jalur Gemilang ini akan terus disemarakkan bagi merialisasikan ungkapan Sehati Sejiwa, tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
""