| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu

Pada 23 Ogos 2016 (selasa) Unit Agama, Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Penceramah khas yang dijemput untuk kursus ini adalah Ustazah Aniah binti Olah dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), IPK Sabah. Pengisian program ini adalah ceramah tentang hakikat kematian dan tatacara pengurusan jenazah menurut Islam. Program ini melibatkan seramai 45 orang penghuni dan pegawai-pegawai institusi. Pengakhiran program ini adalah acara perasmian penutupan kursus oleh TPP Fauziah binti Husain, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan turut dihadiri TPP Maria Philip Kulip, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Penjara Wanita Kota Kinabalu.


""