Pada 21 hingga 23 Ogos 2016, Jabatan Penjara Malaysia telah menerima kunjungan seramai 10 orang pegawai kanan dari Kementerian Hukum Dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia. Tujuan lawatan adalah bagi mendalami dan mempelajari secara lebih dekat proses transformasi Jabatan, khususnya di bidang keselamatan, pemulihan dan re-integrasi penghuni. Delegasi telah dibawa melawat Penjara Kajang, Penjara Agro, Ayer Keroh, Melaka dan Muzium Jabatan Penjara Malaysia. Delegasi diketuai oleh Dadi Mulyadi Kepala Lapas Klas IIA Jakarta Pusat Kementerian Hukum Dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia.
""