19 Ogos 2016 (Jumaat), bertempat di Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia Jelebu, Negeri Sembilan seramai 51 orang peserta kursus dari Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) - Certificate In Human Development Plan yang diketuai oleh PKP Adinaraina a/l S. Subramaniam telah berkunjung ke institusi ini. Tujuan kunjungan ini adalah untuk melihat pelaksanaan program pemulihan penghuni dan sistem keselamatan yang digunapakai. Sepanjang program berjalan, rombongan turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh penghuni Pusat Seni Kreativiti institusi ini. Di akhir lawatan, peserta rombongan berpuashati dan kagum dengan usaha Jabatan Penjara Malaysia dalam memberikan rawatan dan pemulihan kepada penghuni begitu juga dengan sistem keselamatan sedia ada bagi menjamin program yang dirancang dapat berjalan dengan lebih berkesan.
""