| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Delegasi ICBOS Ke PPP Kem Syed Sirajuddin, Gemas

Pada 18 Ogos 2016 (Khamis)  jam 10.30 pagi, delegasi International Conference On Blue Ocean Strategy (ICBOS) telah mengadakan lawatan kerja Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Delegasi terdiri daripada 5 buah negara antaranya Namibia, Bangladesh, Senegal, Ukraine dan Nepal. Pegawai dari National Strategic Unit, Kementerian Kewangan turut  mengiringi delegasi.

Ketibaan para delegasi disambut oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar, YBhg. Lt. Gen. Datuk Azizan Bin Md Delin (Ketua Eksekutif MiDAS), YBhg. TKP Dato? Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri dan Institusi yang berhampiran serta PP Wan Rosli bin Dollah, PYM PPP bersama pegawai dari agensi-agensi yang berkaitan seperti MARDI, Jabatan Perikanan dan Lembaga Nenas.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan kepada para delegasi oleh KJP diikuti taklimat ringkas berkaitan PPP oleh  Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti. Seterusnya para delegasi dibawa melawat ke kawasan pertanian, perikanan dan penternakan antaranya ladang nenas, kawasan fertigasi, kolam ikan keli dan reban ayam kampung. Selesai lawatan, para delegasi diraikan dengan jamuan makan tengahari di Wisma Perwira 51 Rejimen Artileri Di Raja (RAD 51).


""