Bertempat di Perkarangan Hospital Penjara Sungai Udang, Melaka pada 02.08.2016 (Selasa) telah diadakan Program ?Tautan Kasih? Komuniti PERWANI 1 Malaysia bersama banduan wanita dan keluarga. Program anjuran Jabatan Perbangunan Wanita Negeri Melaka dengan kerjasama Penjara Sungai Udang, Melaka telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Seri Fadilah binti Abdullah isteri kepada Ketua Menteri Melaka. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah YB. Datuk Latipah binti Omar Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Puan Faizah binti Abdul Rahman, Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Melaka serta tetamu jemputan yang lain. Program yang melibatkan 20 banduan wanita bersama keluarga turut dihiburkan dengan nyanyian kombo dari kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.
""