Program Kembali Kepangkuan Dan Menyinar (KEPAM) 2016
Pada 17 dan 18 Mac 2016, telah berlangsung Program Kembali Kepangkuan Dan Menyinar (KEPAM) yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Dalam Negeri bersama DMFK Inspiration (Dato? Mohd Fadzilah Kamsah). Penjara Kluang, Johor telah diberi penghormatan oleh Bahagian Pengurusan Banduan melalui Seksyen Layanan IPPM sebagai pengelola. Program ini turut dihadiri Pengarah Pengurusan Banduan IPPM dan Pengarah Penjara Negeri Johor. Seramai 100 orang peserta terpilih di dalam program yang turut melibatkan Ibubapa dan penghuni Penjara Kluang. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan persediaan kepada penghuni apabila mereka kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat kelak.