Program tersebut telah memberi peluang kepada ODP untuk bersama-sama komuniti dalam melakukan kerja?kerja kebajikan. Ianya dapat memberi pemahaman dan kesedaran betapa pentingnya membantu masyarakat sekitar. Selain itu, ianya dapat merapatkan hubungan siratulrahim antara ODP dengan para peserta dari pelbagai Agensi serta dapat mengikis perasaan rendah diri di kalangan mereka dan merasakan sumbangan mereka turut dihargai oleh masyarakat.