Program Gotong?Royong Persatuan Ibu Bapa Guru Bersama Jabatan Penjara Negeri Melaka
Pada 08 April 2016 (Jumaat) bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka telah berlangsung Program Gotong-royong anjuran Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Rose Marina binti Mohd Said, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh Melaka. Seramai 9 kakitangan Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka dan 19 Orang Di Parol (ODP), 12 PKW serta 1 penghuni rumah perantaraan. Rombongan Jabatan Penjara Negeri Melaka diketuai oleh PP Zalina binti Mohd Yunus telah hadir bersama-sama dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh peserta termasuk mengecat dan membersihkan sekitar kawasan sekolah. Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.