| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Kelab Bermotor Jabatan Penjara Malaysia, Malaysian Prison Bikers (MPB)

Pada 10 April 2016 (Ahad) telah berlangsung Majlis Pelancaran Kelab Bermotor Jabatan Penjara Malaysia, Malaysian Prison Bikers (MPB) yang diadakan di Dewan Dato' Yasin, Penjara Tapah. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia merangkap Penaung Kelab Bermotor Jabatan Penjara Malaysia (MPB). Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan oleh TKP Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Tapah merangkap Presiden Kelab Bermotor Jabatan Penjara Malaysia   (MPB) serta ucapan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Omar selaku Penaung Kelab Bermotor Jabatan Penjara Malaysia (MPB). Majlis turut dihadiri oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Roslan Bin Haji Mohamed, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-pengarah Institusi dan hampir 200 orang ahli Kelab Bermotor Jabatan Penjara Malaysia (MPB) dan kelab bermotor dari luar. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar, jamuan makan dan diakhiri dengan pelepasan peserta konvoi Kelab Bermotor Jabatan Penjara Malaysia (MPB) ke Program Ride Amal di Selama, Perak. Presiden MPB, TKP Shukri Bin Saad juga telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada ahli-ahli MPB berupa wang tunai kepada wakil penduduk serta sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk di kampung tersebut.


""