Sukan Olahraga Sekolah Integriti Pusat Pemulihan Akhlak Muar
31 Mac 2016, Sekolah Integriti Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah menganjurkan Sukan Olahraga peringkat O/tahanan. Program dilaksanakan jam 9.30 pagi dan dirasmikan oleh KP Hj Abdul Wahab Bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor dan diiringi oleh TPP Muhamad Naim Bin Amir, Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Program turut diserikan dengan jemputan dari Sektor Pendidikan IPPM serta kehadiran guru dari Sekolah Dalam Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.