| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Makan Malam Sempena Penyerahan Bendera Jabatan Kepada Kontijen Jabatan Penjara Malaysia

Pada 13 April 2016 (Rabu), bertempat di Institut Koreksional Tanjung Keling Melaka telah berlangsung Majlis Makan Malam  dan Penyerahan Bendera Jabatan kepada kontijen Jabatan Penjara Malaysia.  Seramai 120 peserta terdiri daripada anggota seluruh institusi Penjara Malaysia turut hadir dalam majlis tersebut.

Aturcara majlis dimulakan dengan gimik penyerahan bendera Jabatan Penjara daripada TKP Ibrisham bin Abd Rahman selaku Pegawai Sukan Jabatan Penjara Malaysia kepada Ketua Kontijen Mini Karnival Sukan  MAKSAK  Jabatan Penjara Malaysia, TKP Abdul Aziz bin Mohamad. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Kontijen, bacaan ikrar oleh para peserta dan bacaan doa. Aturcara majlis diakhiri dengan amanat daripada  TKP Ibrisham bin Abd Rahman kepada peserta yang akan bertanding mewakili Jabaatn Penjara Malaysia.


""