Muzium Penjara Malaysia Melaka telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan di bawah Enakmen Pemuliharaan Dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 melalui Kerajaan Negeri Melaka. TKP Abdul Aziz Bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka telah menerima Pensijilan EKSA Dan Plak Pewartaan Bangunan Warisan Dibawah Enakmen Pemuliharaan Dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 yang disampaikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.