Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Timbalan Penguasa dan Inspektor Penjara Tahun 2016
Pada 11 April 2016 telah berlangsung Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Timbalan Penguasa dan Inspektor Penjara 2016 di Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia. Seramai 28 peserta kursus Timbalan Penguasa Penjara dan 127 peserta kursus Inspektor Penjara telah mengambil bahagian dalam perbarisan yang diketuai oleh TPP Muhammad Azrul bin Aziz. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. YBhg. Dato' Sri turut menyampaikan empat kategori anugerah kecemerlangan kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan IP Muhammad Hambali bin Ahmad Aziz, Pelatih Terbaik Kepimpinan IP Warner Anak Sikat, Pelatih Terbaik Akademik IP Ahmad Zulkhiri bin Ab Hamid dan Pelatih Terbaik Kemahiran IP Muhammad Zamani bin Mansor@Chin.