Pada 14 April 2016 (Khamis), Unit Kebajikan, Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah mengadakan Program Pembaharuan Kad Pengenalan bagi penghuni, telah diadakan dengan kerjasama Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara, Cawangan Kuching Sarawak bertempat di Pejabat Pemulihan PPSA. Seramai 3 orang kakitangan dari Unit Khas Bergerak JPN Kuching terlibat dan seramai 7 orang banduan yang telah dikenalpasti di mana 3 orang banduan membuat MyKad baru dan 4 orang banduan membuat Mykad yang telah hilang. Program tersebut telah selesai pada jam 10.30 pagi.