Pada 27 Ogos 2015 - Penjara Pokok Sena telah menerima kunjungan hormat Konsulat Jenderal Republik Indonesia. Ketibaan disambut oleh PKP Faridon Bin Md Saad, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena. Seramai sembilan orang wakil yang diketuai oleh Konsul Jenderal Toufiq Rodhy. Kunjungan tersebut adalah sempena Hari Peringatan Kemerdekaan Negara Indonesia yang ke-70 Tahun bertempat di Dewan Pemulihan Unit Program Pembangunan Insan . Dalam lawatan tersebut pihak Konsulat telah memberikan sumbangan kepada 130 orang penghuni warga Indonesia.
""