Tanggal 21.08.2015 (Jumaat), YBhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Datin Sri Hajjah Noraini binti Haji Man telah sudi meluangkan masa kira-kira 1 jam menziarah seorang kakitangan Penjara Sungai Udang, Melaka di Hospital Melaka iaitu Sjn. Noor Aini binti Mohd Amin. YBhg Dato' Sri dan isteri telah disambut oleh Dr. Abdul Raof Bin Jaafar, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Melaka dan kakitangan dengan diiringi oleh TKP Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka, Pengarah Sekolah Henry Gurney,Telok Mas, Pengarah Dusun Dato' Murad, Pengarah Institut Koreksional Malaysia (IKOM), Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan beberapa kakitangan penjara serta Ahli PERSIAP. Sewaktu sesi kunjungan tersebut, YBhg Dato' Sri KJP juga telah diberikan penerangan dari pegawai hospital dan doktor yang merawat Sjn Noor Aini tersebut.
""