Bermula 24 - 27 Ogos 2015, Unit Program Pembangunan Insan ( PPI ) Penjara Reman Johor Bahru telah mengadakan Program Minggu Sukan, Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Patriotik dan Sukaneka Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Penghuni Penjara Reman Johor Bahru melibatkan 100 orang penghuni mewakili 4 blok penempatan banduan.
Antara sukan yang dipertandingkan adalah dam aji, catur, karom dan sepak raga ratus manakala pada hari penutupan 27 Ogos 2015 diadakan pertandingan akhir karaoke lagu-lagu patriotik dan sukaneka yang melibatkan permainan isi air dalam botol menggunakan span, lari bawa bola ping-pong dalam sudu, tiup belon, sambut belon berisi air, limbo rock, ambil gula-gula dalam tepung dan bina badan. Majlis telah dihadiri oleh PP Shahrom bin Mohamed, wakil Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara dan Pengerusi Persatuan Koreksional Johor ( DPAS).
""