| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak

Penjara Negeri Sarawak telah menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2015 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Limbang, Sarawak. Sambutan Hari Kebangsaan ini turut disertai oleh 68 kontinjen yang membabitkan lebih daripada 3000 peserta yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pertubuhan Politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Pelajar sekolah. Acara tersebut dirasmikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dan Isteri, Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Isteri, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri-Menteri Muda wakil-wakil rakyat dan  kenamaan lain termasuk Pengarah Penjara Negeri Sarawak TKP Abd. Kadir bin Hj Rais dan Pengarah Penjara Limbang PKP Charin Promwichit.


Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ini juga telah diadakan pertandingan perbarisan bagi kategori pasukan berunifom dan pasukan kadet sekolah. Penjara Negeri Sarawak telah berjaya menjadi Naib Johan  bagi kategori badan berunifom, manakala Pasukan Kadet Koreksional Penjara Limbang telah berjaya menjadi Johan bagi kategori kadet-kadet Sekolah.

 

""