Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed dan Yang Berhormat Tuan Masir anak Kujat yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri I dan II telah memulakan kunjungan sulungnya ke Jabatan Penjara Malaysia pada 18 Ogos 2015 lalu. Ketibaan kedua-dua Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu diberi penghormatan memeriksa Kawalan Suku sebelum menghadiri sesi taklimat yang disampaikan oleh Komisioner Jeneral Dato' Sri Haji Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia di Bilik Mesyuarat Persidangan.
Antara harapan Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri Dalam Negeri adalah kadar residivis atau kesalahan berulang banduan yang rendah perlu dikekalkan di bawah paras 8.5 peratus seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Selesai penyampaian cenderahati dan menandatangani buku pelawat, sesi bergambar bersama pengurusan tertinggi Jabatan diadakan sebagai kenang-kenangan seterusnya menghadiri jamuan tengahari.
""