| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Dialog YBhg TKJP Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Dan Koreksional) Bersama Kakitangan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan

03 September 2015 (Khamis) - Sesi Dialog YBhg. TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Bersama Kakitangan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Merpati Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan. Sesi dialog tersebut telah dihadiri seramai 50 orang anggota terdiri daripada 20 orang anggota Pejabat Parol Daerah, 20 orang anggota Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Desa Pahlawan, 5 orang anggota Parol Institusi Pengkalan Chepa dan 5 orang anggota Parol Institusi Pusat Koreksional Machang. Taklimat Pelaksanaan Sistem Parol telah disampaikan oleh PP Wan Sani bin Ab Latiff, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan. Ianya juga turut dihadiri oleh YBhg. TKP Dato' Mohd Sakeri bin Hj. Dollah, Ketua Seksyen Vakasional dan Industri, PKK Hj. Zawari bin Abd Rashid, Pengarah Penjara Pengakalan Chepa dan PKP Rosdi bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Machang. Sesi dialog bersama YBhg. Dato' berakhir jam 1.00 tengahari.

 

""