Pada 02 September 2015 (Rabu), Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Penyerahan dan Menandatangani Dokumen Serahan Projek Menaiktaraf Perumahan Penjara iaitu di Blok Bunga Cempaka. Seramai 12 orang pegawai dan anggota yang akan menduduki kuarters tersebut turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis menandatangi dokumen tersebut turut dihadiri oleh Encik Muhammad Harridzan bin Abdullah, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut, Encik Md Yazid bin Aris, Ketua Jurutera Elektrik Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Encik Zainudin bin Razak, Kontraktor Etika Glokal Enterprise dan wakil dari Kementerian Dalam Negeri, Puan Nurul Shahida bin Ahmad. Penyerahan ?mock-up? kunci rumah telah dilakukan oleh PKP Rosoman b Abu Bakar @ Che Din kepada kakitangan yang mendiami kuarters tersebut.
""