Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-58 Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 31 Ogos 2015 di hadapan Bangunan Memorial Peringatan Kemerdekaan, Melaka. Kontinjen Penjara Melaka telah menyertai perbarisan Hari Kebangsaan dengan kekuatan seramai 45 anggota dan pegawai. PKP Lim Kim Mooi, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang mewakili TKPj Nor Afifi bin Sulong Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengambil lintas hormat semasa Kontinjen Penjara Melaka melintasi pentas utama. Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke 58 telah dihadiri oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka, dan turut dihadiri YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj.Haron, Ketua Menteri Melaka.
""