Pada 31 Ogos 2015, Pancaragam SHG Telok Mas Melaka telah menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-58 Peringkat Negeri Melaka. Perbarisan yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' bermula dari Dataran Pahlawan dan berakhir di Stadium Hang Tuah. Perbarisan ini turut disertai Kontinjen Jabatan Penjara Negeri Melaka dan membabitkan sebanyak 222 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan serta swasta, pelajar sekolah dan persatuan. PKP Lim Kim Mooi, Pengarah SHG Melaka telah diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat kontinjen dari Jabatan Penjara Negeri Melaka dan Pancaragam SHG Telok Mas Melaka.
""