Pada 21 hingga 22 Ogos yang lalu satu Program Anjakan Paradigma Mengeksploitasi Jati Diri anjuran Badan Peer Kaunselor UiTM Kota Kinabalu telah diadakan di Sekolah Henry Gurney Keningau. Di antara objektif program ini ialah untuk membantu pelajar sekolah dalam aspek sokongan psikologi. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar Sekolah Henry Gurney Keningau ruang dan peluang bagi menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam.
""