03 September 2015 (Khamis) - Program Temuseru Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis Bersama Agensi Kerajaan, NGO, Majikan, Penghulu, Pengerusi JKKK, Imam Dan Komuniti Setempat telah dirasmikan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti IPPM.
Program yang bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan dan kerjasama dengan masyarakat setempat ini telah diadakan di Dewan Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs). Program seumpama ini amat digalakkan kerana ianya memberi impak yang baik kepada Jabatan dan orang ramai dalam memahami peranan Jabatan Penjara Malaysia secara am dan fungsi Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti secara khususnya.
Antara aktiviti pengisian program tersebut adalah taklimat mengenai Sistem Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, sesi soal jawab dan diskusi serta pameran oleh Agensi Dadah Kebangsaan dan Jabatan Tenaga Kerja.
""