14 September 2015 (Isnin) Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah dipilih menjadi pengelola bagi Program Infokraf Kebangsaan Jabatan Penjara Malaysia. Program yang bermula pada 13 hingga 19 September 2015 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Mohd Faudzi bin Hj. Che Mamat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh Y.Bhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y. Bhg. KP Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan dan Wakil-Wakil Agensi yang terlibat.
""