Pada 11 September 2015 (Jumaat), bertempat di Unit PPI Wanita, berlangsungnya Program Bersama Penghuni Wanita Kompleks Penjara Seberang Perai bagi tahun 2015. Program dirasmikan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai. Program bermula dari pagi hingga petang dimana acara bermula dengan senamrobik dan diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang dipertandingkan yang disertai oleh kakitangan dan banduanita seperti pertandingan "Akulah Yang Anggun","Ukiran Dari Hati" dan pertandingan Shawl. Program ini juga turut mencungkil bakat banduanita dalam persembahan seni suara. Cabutan bertuah kepada kakitangan dan banduanita juga turut diadakan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Seberang Perai.
""