Pada 10 September 2015 (Khamis), seramai 30 orang Pegawai dan Anggota Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan program kembara amal ke Rumah Jagaan Warga Tua Jashiera Ijok, Kuala Selangor. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersihkan kawasan persekitaran, membaiki siling asrama dan kemudahan warga Pusat Jagaan berkenaan. Majlis juga diserikan dengan acara sukaneka dan sesi beramah mesra bersama penghuni rumah jagaan tersebut. Program diakhiri dengan pemberian sumbangan berupa barangan keperluan asas dan cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam, PKP Zulia Binti Khamis@ Ahmad Kamil kepada Penyelia ke Rumah Jagaan Warga Tua Jashiera, En. Vijaya.
""