Pada 17 September 2015 (Khamis) bertempat di Perkarangan Penjara Sandakan, Sabah telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Sandakan diantara PKK Sazali bin Ismail yang akan berpindah ke Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) sebagai Timbalan Pengarah dengan TPP Muhammad Khalid bin Muhammad dan disaksikan oleh PKK Jamil Razif bin Kassim, Pengarah Penjara Tawau. Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua kakitangan Penjara Sandakan.
""