Kursus Undang-undang Keluarga Islam dan Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2015 telah diadakan pada 14-15 September 2015. Kursus ini merupakan kerjasama antara Pusat Latihan Islam Lahad Datu, JAKIM Sabah dan Penjara Tawau. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penjara, Ahli PERSIAP Tawau, Pegawai Pasukan Gerakan Am Batalion 14 Tawau, Pegawai Kebajikan di Rumah Orang-orang Tua Tawau, Pegawai Agama dari Hospital Besar Tawau, Pegawai Parol Daerah dan Orang Di Parol (ODP), Persatuan Asnaf Muallaf Daerah Tawau. Di antara objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk menjawab kecelaruan dan ketidakfahaman berkaitan Undang-undang Keluarga Islam dan Tatacara Mal Mahkamah Syariah serta memberi pendedahan mengenai isu-isu dan punca permasalahan dalam sesebuah keluarga yang disampaikan oleh Pegawai-pegawai Mahkamah Syariah Tawau. Kursus ini juga dapat meleraikan ketidakfahaman terhadap sistem pembahagian harta pusaka, waris-waris yang berhak terhadap perwarisan dan prosedur dalam tuntutan mal mahkamah syariah. Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh PKK Jamil Razif Bin Kassim, Pengarah Penjara Tawau.
""