Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni Penjara Tawau telah diadakan pada 08-09 September 2015. Kursus ini merupakan kerjasama antara Pusat Latihan Islam Lahad Datu, JAKIM Sabah dan Penjara Tawau bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada penghuni berhubung pengurusan jenazah dan tuntutan dalam menyempurnakannya. Seramai 130 orang penghuni lelaki dan 20 orang penghuni wanita telah terpilih mengikuti kursus ini.
Pengisian program ini merangkumi ceramah dan amali yang diketuai oleh semua Pegawai di Unit Agama. Kursus ini telah disampaikan oleh Ust Ubaedillah Bin Sodiq, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dibantu oleh Ustazah Nur Fazilah Binti Made, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustazah Syarizah Binti Sidek Pembantu Hal Ehwal Islam, Sjn 782 Albani Bin Hj Lisani, Kprl 1038 Abdul Mannang Bin Laang, Kprl 944 Halimah Musa dan Wdr 18623 Masyitah Binti Marsuki. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh PP Kamarul Zaman Bin Ali Zaman, Timbalan Pengarah Penjara Tawau.
""