Muzium Penjara Malaysia, Banda Hilir, Melaka telah mengadakan program Jom! Ke Muzium Penjara sempena cuti sekolah pada 19 September hingga 30 September 2015. Antara aktiviti yang diadakan ialah Mesej Dari Penjara, Lawatan Berpandu Waktu Malam, Pertandingan Melukis dan Mewarna serta Pameran Kerjaya.
Mesej Dari Penjara dapat memberi pendidikan, kesedaran dan mencegah perlakuan jenayah kepada masyarakat melalui perkongsian secara lisan oleh penghuni yang sedang menjalani hukuman dalam penjara.
Dengan cara berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang penghuni penjara yang disampaikan secara ?live? kepada para pelawat, sedikit sebanyak ia boleh menimbulkan keinsafan tentang nilai sebuah kebebasan.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman berada dalam penjara pada malam hari, bermula jam 8 malam hingga 11 malam. Suasana kelam, suram dan sunyi sepi berada dalam linkungan tembok tinggi adalah satu pengalaman luar biasa yang tidak dapat dirasai di tempat lain.
""