| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Penjara Malaysia Bil. 1 Tahun 2015

Mesyuarat Pengurusan Jabatan Penjara Malaysia Bil. 1 Tahun 2015 telah diadakan pada 27 dan 28 September 2015 bertempat di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Mesyuarat ini julung kali diadakan untuk menyelaras tindakan-tindakan susulan pewujudan Pejabat Pengarah Negeri dan pengisian perjawatan Pengarah Negeri.


Mesyuarat ini juga dijadikan sebagai salah satu medium perkongsian ilmu dan menjadi platform Jabatan untuk membincangkan dan mendapatkan penyelesaian bagi isu dan masalah di institusi-institusi penjara. Mesyuarat dihadiri 83 orang pegawai yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-pengarah Bahagian, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian, wakil Kementerian Dalam Negeri, Pengarah-pengarah Penjara Negeri dan Ketua-ketua Institusi.


Mesyuarat Pengurusan pada 27 September 2015 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Mesyuarat seterusnya disusuli dengan perbincangan mengenai isu-isu berkaitan Sektor Keselamatan dan Koreksional serta Sektor Pengurusan. Pengisian mesyuarat tersebut turut merangkumi program taklimat seperti berikut:


(i) Kepimpinan Dinamik Dalam Organisasi oleh YBhg. Dato? Dr. Ismail bin Alias, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam;


(ii) Integrity Based Leadership oleh Puan Faridah Hanim binti Harun, Konsultan dari Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);


(iii) Pengurusan Kewangan Berdasarkan Akauntabiliti dan Responsibiliti oleh Puan Nurul Syima binti Mohamad dari Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri;


(iv) Peranan dan Tanggungjawab Pengarah Negeri/KPI Pengarah Negeri oleh YBhg. Komisioner Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan; dan


(v) Executive Talk bertajuk Leadership Core Values yang disampaikan oleh YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.


Mesyuarat Pengurusan Jabatan Penjara Malaysia Bil. 1 Tahun 2015 diakhiri dengan Majlis Penyerahan Manual Prosedur Kerja (MPK) kepada Pengarah-Pengarah  Penjara Negeri dan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 43 orang pegawai yang terlibat dalam pemangkuan pada bulan September 2015. Kedua-dua majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.

 

""